Tatacara Pengaduan


  1. Pihak Jabatan Hal Ehwal Pelajar (JHEP) amat mengalu-alukan sebarang cadangan, maklumbalas, pertanyaan atau aduan anda untuk meningkatkan kualiti dan mutu penyampaian JHEP terutama dari segi perkhidmatan, pentadbiran dan pengurusan.
  2. Semua aduan adalah dianggap SULIT. Segala maklumat peribadi berkenaan anda adalah dijamin kerahsiannya daripada pengetahuan pihak lain selain daripada Pegawai SiAP.
  3. Semua pengadu diminta menggunakan perkataan atau ayat yang sopan sesuai dengan budaya Negara Malaysia. Sekiranya anda menggunakan bahasa yang kasar atau tidak bersesuaian dengan budaya Negara Malaysia yang mementingkan kesopanan, pihak JHEP berhak untuk tidak melayan pengaduan anda.
  4. Semua pengadu diminta untuk memberikan nama, nombor kad pengenalan, alamat, alamat e-mail,no matrik dan nombor telefon untuk dihubungi bagi memastikan anda mendapat maklumbalas daripada pihak JHEP berkenaan aduan yang anda adukan.
  5. Sila pastikan aduan anda adalah spesifik dan jelas mengenai perkara yanag diadukan serta pihak yang ditujukan aduan tersebut untuk mengelakkan salah faham pihak kami dalam meneliti aduan anda. Sekirannya anda menggunakan surat atau Borang Aduan yang kami sediakan, pastikan anda menulis dengan tulisan jelas, terang dan kemas agar memudahkan pihak kami mengambil tindakan seterusnya.
  6. Sekirannya terdapat sebarang aduan mengenai kerosakan yang memerlukan baik pulih dengan segera, sila adukan aduan anda kepada pihak pengurusan Kolej Kediaman secara terus.
  7. Pihak JHEP menjamin setiap aduan anda akan diporses dan diambil tindakan yang sebaik-baiknya dalam masa yang telah ditetapkan dan maklumbalas akan diberikan secepat mungkin
Laman Utama
Powered by osTicket